Wednesday, November 3, 2010

KeIndahan Seni


Tembikar merupakan salah satu hasil kraftangan tradisional yang diperbuat daripada tanah liat. Tembikat telah digunakan sejak zaman dahuhu lagi untuk tujuan keperluan harian, upacara kematian, dan keagamaan seperti yang diamalkan oleh masyarakat peribumi di Sarawak. Zama Neolitik merupakan zaman bermulanya penggunaan dan perkembangan tembikar. Bukti penemuan bahan-bahan artifak ini telah dijumpai di Kedah, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Kegunaan Zaman Dahulu

a) Alatan Memasak
Manusia Zaman Batu Pertengahan iaitu mesolitik wujud pada sekitar 11 000 tahun dahulu. Masyarakat zaman ini mula mencipta alat tembikar daripada tanah liat. Masyarakat Zaman Mesolitik tinggal di gua batu kapur sepertu Guan Niah di Sarawak, Gua Kepah di Kedah dan Gua Kecil di Pahang. Masyarakat ini juga tinggal di kawasan tepi laut seperti Jenderan Hilir di Selangor. Masyarakat pada zaman ini menukar barangan tembikar sebagai salah satu kegiatan harian mereka. Pada zaman Neolitik yang wujud kira-kira 5 000 tahuna dahulu, orang Neoliti mengalami cara hidup yang lebih teratur. Penempatan orang Neolitik yang penting ialah Gua Cha dan Guan Menteri di Kelantan, Gua Kelawar di Perak, Bukit Tengkorak di Sabah dan Guan Bukit Tenku Lembu di Perlis. Pada zaman ini terciptanya alat-alat tembikar seperti periuk, belangan dan bekas air yang dihiasi ukiran. Masyarakat Neolitik menggunakan alat-alat daripada tembikar di dalam kehidupan seharian mereka. Penyelididkan ilmiah telah dibuat oleh ahli kaji purba di beberapa tempat di Pahang seperti di sepanjang Sungai Pahang. Ahli kaji purba menyatakan manusia zaman batu pertengahan mendiami negeri Pahang dan tinggal di gua batu dan gunung ganang. Manusia zaman batu adalah kumpulan yang mula-mula datang ke Semenanjung Tanah Melayu dan Tanah Besar Benua Asia. Manusia Melayu Proto mendiami Semenanjung alaysia dan pulau Nusantara dalam lingkungan 3 000 atau 2 000 tahun sebelum masihi. Serpihan tembikat yang dipercayai oleh ahli kaji sejarah sebagai alatan memasak masyarakat pada zaman itu telah ditemui di kawasan ini.

b)Ritual dan Keagamaan
Seramik terawal yang dijumpai dan digali di bahagian barata mulut Gua Niah. Seramik-seramik ini berupa tempayan atau bekas yang tidak berukir, botol dan bekas yang berbentuk bundar. Kesemua barangan tembikar ini kasar buatannya, diperbuat menggunakan tangan, keras dan dibakar dengan api sederhana. Menurut kajian oleh Barbara Harrison, kebanyakkan bekas seramik ini ada kaitan dengan upacara pengebumian Neolitik iaitu sebagai bekas untuk pembakaran mayat ataupun sebagai cenderamata pengebumian. Adalah menjadi tradisi lama komuniti Melanau sekiranya salah seorang daripada mereka meninggal dunia, si mati akan diberikan pakaian dan dibaringkan di ruangan rumah. Satu pinggan biru dan putih diletakkan di bawah kepalanya, sementara pinggan seramik diletakkan di bawah kedua-dua tangan dan kakinya. Berhampiran dengan si mati diletakkan objek-objek tembaga dan seutas manik purba diikat pada pergelangan tangan mayat. Beberapa hari kemudian, mayat tersebut dibawa keluar daripada rumah itu dan disimpan di ruang khas untuk jangkamasa yang minimum dalam tahun yang sama. Kemudian tulang-tulangnya dikumpulkan ke dalan sebuah tempayan besar. Manakala yang lain seperti pinggan, mengkuk dan manik dikebumikan bersama-sama dengan tempayan tersebut. Kesemua artifak hasil penggalian merupakan sumber pembelajaran yang amat berguna di Muzium Sarawak. Artifak-artifak tersebut diklasifikasikan kepada 9 kelas utama berdasarkan warna sepuh/ glasir dan teksturnya.

c)Candi
Candi Bukit Batu Pahat yang terletak di sungai Merbok Kecil di Sungai Petani, Kedah. Usaha cari gali ini dilakukan oleh Dr. Lamb, beliau menemui enam buah sepu batu granit. Dalam tiap-tiap cepu terdapat 9 lubang untuk mengisi benda-benda kecil. Dr. Lamb berpendapat pemujaan di situ adalah jenis pemujaan tenpatan. Walaupun tidak boleh ditentukan sama ada cembul tembaga yang terdapat dilubang tengah sebuah cepu dan candi itu, sebenarnya mengandungi sisa-sisa manusia kesan-kesan organik telah dijumpai melekat pada permukaan di bawah cembul. Ada kemungkinan cepu itu adalah bekas untuk menyimpan cepu-cepu batu granit berlubang di tengah-tengahnya adalah tapak-tapak untuk meletakkan tiang-tiang kayu. Di Candi Bukit Batu Pahat tidak kurang draipada 66 tapak tiang kayu dijumpai. Walaupun sekarang tidak dapat lihat tiang kayu serta bumbungnya tetapi susunan tapak-tapak tiang yang terdapat memberi gambaran tentang bentuk bumbungnya. Data-data yang kita perolehi inilah tidak boleh dibawa pulang ke muzium.

d)Perhiasan Diri (Anting-anting)
Pada Zaman Batu Baru (Neolitik) yang wujud 5 000 tahun dahulu, mereka mula membuat alat perhiasan diri seperti gelang tangan. Penempatan orang Neolitik yang penting ialah Gua Cha dan Guan Menteri di Kelantan, Gua Kelawar di Perak, Bukit Tengkorak di Sabah, dan Gua Bukit Tenku Lembu di Perlis.

Kegunaan Sekarang


a)Aksesori Fesyen dan Hiasan
Pemakian gelang tangan dan rantai manik yang diperbuat dari tanah liat. Aksesori manik tembikar ini memberikan suatu impak kepada si pemakai. Rantai kunci dan tanglung yang diperbuat dari tembikar juga menjadi pilihan menarik masa kini.
b) Ikon Hiasan Dalaman
Penggunaan tembikar sebagai salah satu ikon hiasan dalaman yang semakin digemari. Hiasan tembikar yang diubahsuai ini menghiasi sudut rumah, dinding pejabat dan dijadikan sebagai lampu selia dan lampu tidur.

Diperolehi daripada http://seni-v.blogspot.com/search/label/tembikar

Tuesday, November 2, 2010

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)


Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Sistem pendidikan di Malaysia adalah berorentasikan peperiksaan iaitu pelajar wajib menduduki peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lazimnya digunakan ialah kaedah kuliah iaitu pembelajaran berpusatkan guru. Hasil dari pembelajaran kaedah pengajaran secara kuliah didapati masih terdapat kelemahan dalam melahirkan graduan yang menguasai kemahiran generik walaupun pencapaian akademik yang terbaik (Hisyamudin dan Rahiraf, 2005). Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed dalam kenyataan akhbar, menyatakan bahawa beliau mahu melihat perubahan dalam corak pendidikan  agar melahirkan pelajar yang berani, mempunyai kemahiran dan pegetahuan (Hisyamudin dan Rahifa, 2005).

Oleh hal yang demikian, para pendidik perlu mengorak langkah bagi membaiki dan meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) supaya ianya seiring dengan teknologi terkini dan perkembangan semasa. Sudah menjadi tanggungjawab para pendidik untuk menggunakan dan mempelbagaikan kaedah P&P bagi melahirkan pelajar yang berkualiti. Antara kaedah P&P yang diguna pakai ialah Pembelajaran Berasaskan Masalah(PBL) yang merupakan salah satu contoh yang baik untuk proses pembelajaran secara pengalaman dan pendekatan berpusatkan pelajar. Di dalam kaedah PBL, pelajar akan berusaha untuk mencari maklumat dan penyelesaian masalah dengan usaha sendiri. Proses tersebut akan menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif. Diperkukuhkan lagi apabila Lynda Wee (2004) menyatakan bahawa PBL adalah salah satu pendekatan pemusatan pelajar yang merupakan pendekatan yang efektif dalam meningkatkan kualiti pembelajaran, menggalakkan penglibatan aktif, bekerjasama, maklum balas yang cepat terhadap proses pembelajaran, pemahaman yang mendalam terhadap subjek dan merujuk kesesuaian pembelajaran melalui pembelajaran kendiri.

Perlaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Menurut Lynda Wee (2004), terdapat tujuh langkah dalam menerangkan proses PBL. Langkah-langkah tersebut ialah seperti berikut:
a)        Pembahagain Kumpulan
Pada peringkat ini, pelajar akan mengenali di antara satu sama lain dan pelajar akan membentuk kumpulan masing-masing. Seterusnya, ketua kumpulan dan pencatat akan dilantik dan peraturan-peraturan kumpulan akan dibentuk.

b)        Mengenalpasti Masalah
Pelajar akan dikemukakan dengan masalah untuk diselesaikan. Pelajar perlu mengenalpasti   dan mengesahkan masalah tersebut dan menyatakan masalah tersebut berdasarkan fakta-fakta yang diperolehi. Proses mengenalpasti masalah melibatkan elemen-elemen pencetus idea terhadap masalah yang ingin dikaji, juga dikenali sebagai trigger. Trigger boleh didapati dalam bentuk gambar, peti surat khabar, klip video, petikan jurnal dan juga kejadian sebenar yang berlaku.

c)        Menjana Idea
          Pada peringkat ini, pelajar akan mengeluarkan idea-idea yang dapat membantu dalam proses penyelesaian masalah tersebut.

d)        Isu Pembelajaran
           Pelajar perlu mengenalpasti apakah yang perlu dipelajari dan mencari isu-isu yang dapat membantu mereka untuk menyelesaikan masalah serta mengetahui apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan menegnalpasti tindakan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.

e)        Pembelajaran Kendiri.
          Pada peringkat ini, perlu disahkan kesahihanya, terutamanya daripada Internet. Pelajar akan mulaberkongsi maklumat dengan pelajar yang lain dan mengaplikasikan maklumat yang diperolehi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan berbincang, membangunkan penyelesaian dan menbuat penerangan terhadap penyelsaian yang diambil.

f)         Sintesis dan Aplikasi.
           Punca-punca maklumat perlu disahkan kesahihannya terutamanya daripada Internet. Pelajara akan mula berkongsi maklumat dengan pelajar yang lain dan mengaplikasikan maklumat yang diperolehi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan berbincang, membangunkan penyelesaian dan membuat peneraangan terhadap penyelesaian yang diambil.

g)        Refleksi dan Tindak Balas.
          Pada peringkat ini, pelajar akan memberi tindak balas terhadap kerja kumpulan, kerja individu, penjanaan pengetahuan, penyelesaianmasalah dan juga peranan fasilitator. Seterusnya, perbincangan akan dilakaukan dalam kumpulan masing-masing.

Proses Menyelesaikan Masalah

Menurut George Polya (1957), sesuatu masalah boleh diselesaikan melalui empat langkah penyelesaian iaitu:
a)       Memahami masalah iaitu menentukan apa yang hendak diselesaikan dan maklumat yang berkaitan denganya.

b)      Menyediakan rancangan penyelesaian iaitu mencari perkaitan antara maklumat yang diberi dengan penyelesaian.

c)        Melaksanakan rancangan iaitu melaksanakan apa yang dirancang dengan teliti, langkah demi langkah.

d)        Menyemak jawapan iaitu menyemak ketepatan dan kesesuain hasil penyelesaian dengan apa yang diselesaikan. (Widad Othman, et al, 2003).

Kelebihan PBL

Menurut Montgomery (2000), antara kelebihan utama PBL berbanding strategi pembelajaran lain yang dicadangkan pleh kategori kontruktivisme ialah ransangan atau stimulasi yang berjaya dihasilkan olehnya dalam membentuk kognitif pelajar agar lebih bersifat ingin tahu. Ini seterusnya menurut mereka berjaya meningkatkan minat atau motivasi pelajar untuk terus belajar. Masalah yang menyerupai masalah dunia sebenar pula membolehkan pelajar mencuba pelbagai jalan penyelesaian dalam persekitaran pembelajaran yang lebih selamat.

Secara amnya, jelas membuktikan bahawa Pembelajaran Berdasarkan Masalah (PBL) mampu untuk melahirkan dan mendidik pelajar menjadi seorang pemimpin yang mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah. Selain itu, pelajar dapat meningkatkan minat dan motivasi untuk terus belajar, membina kemahiran pemikiran kritis dan kreatif, menganalisis dan menyelesaikan masalah. Oleh hal yang demikian, pelajar dapat meningkatkan pemahaman dan pengetahuan isi pelajaran bagi sesuatu matapelajaran pelajar tersebut.

Kesimpulan

Tuntasnya, kaedah PBL banyak menekankan dan menitikberatkan cara palajar menganalisis masalah dan penyelesaiannya. Kemahiran ini adalah penting bagi melahirkan dan mendidik bakal-bakal pemimpin yang bertanggungjawab dan berkeyakinan dalam menyelesaikan masalah dan mampu untuk membuat keputusan yang tepat dan adil. Secara amnya, kaedah PBL boleh dijadikan salah satu pendekatan dan latihan yang berkesan untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang menpunyai jati diri yang kuat, berwawasan tinggi, mengamalkan cara komunikasi yang betul, dan kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan tepat. Ciri-ciri tersebut merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seseorang pemimpin yang disenangi dan disukai oleh pengikut-pengikutnya. Oleh hal yang demikian, orang-orang yangbdipimpin akan lebih menghormati dan berasa selamat di bawaah jagaannya.