Sunday, October 31, 2010

LUKISAN AIR

ESEI: Seni Ukiran Kayu


Seni Ukiran

Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti ukiran yang lain Cuma berbeza dari segi dan cara teknik pengukiranya. Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesisi kayu-kayan di negara kita. Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukur dan boleh diperbagaikan kegunaannya. Dalam bidang ini, fokus akan ditumpukan kepada seni ukuran masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sarawak dan masyarakat Orang Asli. Catatan sejarah dari penemuan batu di zaman neolitik di Asia Tenggara merupakan tandan awal terdapatnya tukang, pandai ukir atau pengukur di alam Melayu.
Sejaran Ukiran Kayu Melayu
Orang-orang Melayu adalah bangsa yang kaya dengan kesenian dan kebudayaan yang telah dicapai, setanding jika dibandingkan dengan kebudayaan-kebudayaan bangsa lain di dunia, merangkumi semua aspek kraftangan yang dihasilkan. Reka bentuknya yang menarik, unik dan mempunyi maksud tersirat jika diperhatikan pada hasil-hasil seni seperti ukiran kayu, anyaman, ukuran tembaga dan sebagainya. Menurut istilah Dewan Bahasa; Seni ukiran kayu merupakan satu proses menoreh, menggores dan memahat dengan menggunakan pahat untuk membentuk reka bentuk pada kayu atau barang perhiasan dan lain-lain. Kamus Umum Bahasa Indonesia, memberi maksud orang yang pekerjaaanya mengukir atau seni pahar atau menguris kayu, memahat pada kayu, batu, logam dan sebagainya. Kesimpulanya; ukiran kayu adalah kerja mengukir atau mengores kayu mengikut reka corak yang tertentu dengan menggunakan alatan seperti pahat, pisau dan sebagainya. Usaha kerja mengukir adalah merupakan satu cara penghayatan, penyataan seni emosi seniman dan daya cipta dalan bentuk tampak terhadap beraneka benda serta berfungsi terhadap penggunaanya pada masyarakat. Tekniknya paling bebas dan tidak tertakluk kepada seni bina, walau bagaimanapun tidak boleh berdiri dengan sendiri tanpa pertolonganya, kerana ianya penyokong kepada rupa ukiran tersebut.

            Tidak semua negeri-negeri di Malaysi, meghasilkan satu seni ukiran yang sekatan dan masih menghasilkan karya yang menarik. Taraf seni dan kemahiran yang tinggi boleh didapati hanya di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan, berdasarkan hasil karya yang tinggi nilai seninya dan tiada tandinganya dari tenpat lain. Dua aspek penting dalam seni tampak ukiran kayu ialah kecekapan teknikal dan emosi atau fikiran seseorang itu bergabung dengan membentuk rupa.

            Senu ukiran merupakan satu cara penghubung alam realiti dan metafizikal, di mana hubungan ini dipancarkan melalui seni budaya dalam aliran sejarah, sosial dan goegrafi. Sejarah kebudayaa menunjukkan kesenian diilhamkan oleh seseorang, dodorong oleh citarasa agama yang menjadi kepercayaan yang merupakan faktor utama dalam usaha reka cipta. Reka bentuknya merangkumi sifat-sifat ketuhanan dan kealaman serta mengurangkan penggunaan motif  binatang atau makhluk.
            Kaedah penilai hasil seni kraftangan Melayu diambil kira dari alam semula ladi, menampakkan imej, realiti tampak (dapat dilihat) dan batin (tidak dapat dilihat dengan mata). Penelitian dan pengamatan secara zahir dan batin akan dapat melihat adanya hubungan di antara masa, realiti tampak dan sanubari dan mempunyai konsep yang menarik, unik, motif yang harmonis dengan keadaan sekeliling. Nilai agama dijadikan dasar atau unsur penghasilannya, mempunyai nilai-nilai estetika yang unik dan makna yang mendalam. 

            Seni ukir tradisi Melayu merupakan kebudayaan yang mewakili pusakan bangsa yang bernilai dan melambangkan masyarakat itu mempunyai nilai keindahan yang tersendiri. Mengkaji dan meneliti secara mendalam seni ukur kayu orang-orang Melayu umpama penerokaan ketamadunan, falsafah dan ilmu batin orang Melayu.

            Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukuran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembangkan dan menghidupkan suasana seni ukuran. Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-istana tersebut. Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.

Teknik dan Gaya

Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Tiga teknik utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah teknik terus, tebuk separuh dan tebuk timbul. Bentuk ukiran juga ada jenis utama iaitu bujang, lengkap, dan pemidang. Bentuk bujang terdiri terasing, bebas dan tidak terikat, berkait atau bersambung-sambung. Biasanya bentuk ini menampilkan motif bulan, bintang, matahari, kuntum bungan atau pun putik bauh. Bentuk Pemidang pula, menampilkan motif yang menggambarkan pergerakan sederhana dan tidak berbelit-belit. Bentuk ini mempunyai bingkai atau pemidang. Ukiran-ukiran yang dibuat dalam bentuk ini diberi nama-nama yang menarik seperti itik pulang petang, badak mudik, setampuk manggis dan lain-lain, Biasanya bentuk pemidang digunakan untuk jala-jala rumah seperti tepak sirih, almari dan dulang kayu. Manakala bentuk lengkap pula menggabungkan ciriciri bentuk bujang dan bentuk pemidang. Bentuk ini menitik beratkan unsur-unsur tumbuh-tumbuhan, merangkumi akar, batang buah, buah dahan, daun, putik dan sulunya.

Alat dan Motif

Alat-alat yang digunakan untuk seni ukiran adalah seperti gergaji, ketan tukul besi dan paling penting pahat. Motif ukiran kayu orang Melayu terbahagi kepada beberapa jenis:
i)          Motif makhluk halus, contohnya ayam, badak dan itik (ayam berlaga, badak mudik dan itik pulang petang).
ii)         Motif angkasa atau kosmos yang menerapkan gambaran awam larat seperti bintang, matahari, bulan dan bukit bukau.
iii)        Motif Geometri menampilkan bentuk bulatan dan bentuk segitiga yang disusun berderetan. Kadangkala bentuk segitiga ini dicantum dengan sulur-sulur tumbuhan. Biasanya, motif motif ini terdapat pada alatan-alatan tembikar, sarung keris, tepak sirih dan barang-barang tembaga.
iv)        Motif seni khat atau kaligraf menggunakan huruf Arab, terutamanya petikan Quran dan tulisan jawi. Motif ini banyak terdapat di ambang pintu rumah, masjid dan surau serta pada alat-alat keagamaan seperti rehal.

Penggunaan

Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda dan kereta lembu.



Sand Painting

Sand Animation